Thursday, March 3, 2011

Merlimau : Upin Ipin Mangsa PAS

   
.
KUALA LUMPUR: Pengarah Urusan Les’ Copaque Production hari ini memberitahu bahawa beliau telah membuat laporan polis terhadap parti PAS berhubung penggunaan kain rentang yang memperalatkan kartun Upin dan Ipin menjelang pilihanraya dewan undangan negeri di Merlimau.

“Pihak Les’ Copaque telah membuat laporan polis kelmarin berhubung isu berkenaan kerana berasa amat kesal dengan tindakan parti PAS yang memperalatkan watak kartun Upin dan Ipin bagi kepentingan peribadi mereka di Merlimau,” kata  Tuan Hj Burhanuddin Md Radzi.

Burhanuddin mengulas, tindakan PAS yang memperalatkan kartun kegemaran kanak-kanak ini adalah sangat tidak sesuai sekaligus melanggar undang-undang harta intelek apabila tidak meminta kebenaran terlebih dahulu daripada pihak beliau.

“Upin dan Ipin dicipta khusus untuk untuk golongan kanak-kanak dan adalah tidak wajar apabila PAS menggunakannya dalam kempen mereka di Merlimau semata-mata untuk meraih undi,” tambah beliau lagi.

.Beliau turut menambah, pihak Les’ Copaque mungkin akan mengambil tindakan undang-undang yang lebih serius sekiranya perlu.

“Kita telah serahkan isu ini kepada polis untuk menjalankan siasatan, namun tidak menolak untuk mengambil tidakan undang-undang yang lebih serius kepada mereka yang terlibat,” katanya.

Burhanuddin turut menjelaskan bahawa ini bukanlah kali pertama PAS menggunakan watak kartun Upin dan Ipin bagi acara politik mereka, namun tindakan mereka kali ini dianggap keterlaluan kerana memperalatkan Upin dan Ipin dalam agenda kempen parti PAS di Merlimau.

Tuesday, February 22, 2011

BERITA KEPADA KAWAN.....Hayati Lirik Ini.....

Perjalanan ini
Terasa sangat menyedihkan
Sayangnya engkau tak duduk
Disampingku kawan

Banyaknya cerita
Yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering bebatuan

Tubuhku terguncang
Dihempas batu jalanan
Hati tergetar menatap
kering rerumputan

Perjalanan ini pun
Seperti jadi saksi
Gembala kecil
Menangis sedih …

Kawan cuba dengar apa jawabnya
Ketika di kutanya mengapa
Bapak ibunya telah lama mati
Ditelan bencana tanah ini

Sesampainya di laut
Kukabarkan semuanya
Kepada karang kepada ombak
Kepada matahari....
Tetapi semua diam
Tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri
Terpaku menatap langit

Barangkali di sana
ada jawabnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana
Mungkin Tuhan mulai bosan
Melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga
dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan
Bersahabat dengan kita
Cuba kita bertanya pada
Rumput yang bergoyang........


Belia Perlu Berfikiran Terbuka

LUMUT 19 Feb. - Golongan belia di negara ini diminta berfikir secara terbuka dan bertindak bijak dalam menangani pelbagai pemikiran baru yang dihadapi golongan muda sekarang.Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, ini kerana golongan tersebut telah mengalami perubahan yang ketara termasuk gaya kepimpinan mereka pada masa ini.

Katanya, mereka kini lebih bersikap terbuka berbanding dengan golongan belia sebelum ini. "Kita melihat pemikiran golongan belia sekarang lebih terbuka dalam semua aspek dan apa yang berlaku di seluruh dunia terutama pembabitan belia dalam tunjuk perasaan di Mesir baru-baru ini jelas mencerminkan pemikiran baru dan tindak-tanduk golongan itu.

"Kita perlu fahami suasana golongan itu yang sudah berlainan sama sekali dengan wujudnya dunia maya dan dalam konteks hubungan mereka bukan secara bersemuka tetapi secara interaktif," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Gerakan Belia 4B Malaysia kali ke-35 di Teluk Batik Resort di sini malam tadi.Hadir sama Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia, Mua'amar Ghadafi Jamal Datuk Wira Jamaludin. Lebih 400 belia menghadiri perhimpunan tersebut.

Terdahulu Zambry menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) Rakan 4BIZ dengan 10 syarikat yang memberi fokus kepada pembangunan ekonomi belia 4B di negara ini. Tambah Zambry, sebagai pemimpin masa kini, kita jangan ambil mudah terhadap generasi belia sekarang berbanding dengan generasi belia dahulu. Menurutnya, generasi belia masa kini berhadapan dengan pelbagai cabaran yang perlu ditangani dengan cara mereka sendiri.

Zambry berkata, belia juga perlu menceburi bidang keusahawan yang berdaya maju dalam melahirkan golongan itu yang berwibawa.

"Saya percaya pembabitan generasi belia dalam bidang keusahawanan akan membolehkan mereka meningkatkan taraf pembangunan ekonomi belia," katanya.

Wednesday, February 16, 2011

Tahap Kesedaran Belia....

Di manakah tahap kesedaran belia terhadap isu sekeliling?adakah mereka ini tahu atau tidak apa yang terjadi samada di dalam masyarakat atau luar daripada tanahair mereka....apa yang saya lihat, golongan belia mempunyai kurang pengetahuan tentang isu sosial, ekonomi mahupun politik. Tanpa perlu pergi lebih jauh, cuba perhatikan realiti di kawasan setempat anda. Berapa ramaikah para belia yang terlibat dengan institusi kemasyarakatan setempat seperti Ahli Jawatankuasa (AJK) surau dan masjid, persatuan-persatuan penduduk serta badan-badab kebajikan dan sukarelawan masyarakat lainnya. Kemungkinan besar, ia boleh di hitung dengan jari anda! Kita belum cerita tentang memegang jawatan-jawatan utama dalam mewakili rakyat setempat di arena politik tanahair. Jika institusi kecil masyarakat pun dipandang sepi, apatah lagi tangungjawab dan kedudukan yang lebih tinggi untuk memacu pentadbiran dan pembangunan negara.

Apatah lagi tentang isu polotik, ada diantara mereka ini masih tidak mendaftar dengan Surunhanjaya Pilihan Raya (SPR)....Susah sangat ke nak daftar mengundi?????Cuma bagi Photostat IC pastu tahula mereka (SPR) nak buat kerja mereka.....Bila time pilihanraya tahu la pulak golongan belia nie nak komen itu dan ini tapi daftar pon x????Macam mane nak jadi pemimpin????Harap je suara lantang tapi tanggungjawab pada negara satu pon x de!!!!!!!Jangan tanya apa sumbangan negara pada kamu tapi tanya apa sumbangankamu pada negara.....Bak kata Nabil (Raja Lawak)...." Lu Pikirla Sendiri".....

Golongan Belia sepatutnya mempunyai jatidiri yang kuat dan semangat cintakan negara perlu ada.....Kerajaan telah menyediakan pelbagai program menjurus kepada itu seperti Biro Tata Negara.....
Saya mencadangkan kepada semua organisasi belia setiap kawasan supaya didedahkan dengan Biro Tatanegara. Ini dapat melahirkan golongan belia yang berwawasan dan mereka akan membuat anjakan paradigma baru supaya melapisi generasi akan datang....Sedarlah bahawa tanahair kita masa kini sedang menuju kehancuran jika kita masih bermimpi di atas pokok kelapa......anak bangsa kita sedang lupus di mamah kepersonaan duniawi......Adakah yang ini kita mahukan?????....apa kata nenek moyang kita????....Apa kata cucu cicit kita nanti....mereka ini akan persalahkan kita!!!!!Mereka ini akan caci kita!!!!....kerana apa???....Kerana kita alpa dan masih seperti dulu.....

Hayatilah lirik lagi ini dan tanya pada hati....

 Warisan
Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

Saturday, February 12, 2011

Belia dan Politik

apa pentingnya politik pd para belia????
hakikatnya...politic is exist and spread since our childhood.....
tp sekarang para belia d Malaysia khususnya tidak pernah endah dgn isu semasa khususnya politik....
apa yg mereka ini fikirkan sebenarnya????
adakah kerana mereka lebih suka make it this life easy n simple tanpa memikirkan keadaan sekeliling....
adakah belia masih fikir siapa diri mereka sebenarnya????
MEREKA INILAH PEWARIS BANGSA!!!!!
MEREKALAH PEWARIS AGAMA!!!!!
MEREKALAH PEWARIS NEGARA!!!!!