![]() KUALA LUMPUR: Pengarah Urusan Les’ Copaque Production hari ini memberitahu bahawa beliau telah membuat laporan polis terhadap parti PAS berhubung penggunaan kain rentang yang memperalatkan kartun Upin dan Ipin menjelang pilihanraya dewan undangan negeri di Merlimau. “Pihak Les’ Copaque telah membuat laporan polis kelmarin berhubung isu berkenaan kerana berasa amat kesal dengan tindakan parti PAS yang memperalatkan watak kartun Upin dan Ipin bagi kepentingan peribadi mereka di Merlimau,” kata Tuan Hj Burhanuddin Md Radzi. Burhanuddin mengulas, tindakan PAS yang memperalatkan kartun kegemaran kanak-kanak ini adalah sangat tidak sesuai sekaligus melanggar undang-undang harta intelek apabila tidak meminta kebenaran terlebih dahulu daripada pihak beliau. “Upin dan Ipin dicipta khusus untuk untuk golongan kanak-kanak dan adalah tidak wajar apabila PAS menggunakannya dalam kempen mereka di Merlimau semata-mata untuk meraih undi,” tambah beliau lagi. ![]() “Kita telah serahkan isu ini kepada polis untuk menjalankan siasatan, namun tidak menolak untuk mengambil tidakan undang-undang yang lebih serius kepada mereka yang terlibat,” katanya. Burhanuddin turut menjelaskan bahawa ini bukanlah kali pertama PAS menggunakan watak kartun Upin dan Ipin bagi acara politik mereka, namun tindakan mereka kali ini dianggap keterlaluan kerana memperalatkan Upin dan Ipin dalam agenda kempen parti PAS di Merlimau. |
Thursday, March 3, 2011
Merlimau : Upin Ipin Mangsa PAS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment