Wednesday, February 16, 2011

Tahap Kesedaran Belia....

Di manakah tahap kesedaran belia terhadap isu sekeliling?adakah mereka ini tahu atau tidak apa yang terjadi samada di dalam masyarakat atau luar daripada tanahair mereka....apa yang saya lihat, golongan belia mempunyai kurang pengetahuan tentang isu sosial, ekonomi mahupun politik. Tanpa perlu pergi lebih jauh, cuba perhatikan realiti di kawasan setempat anda. Berapa ramaikah para belia yang terlibat dengan institusi kemasyarakatan setempat seperti Ahli Jawatankuasa (AJK) surau dan masjid, persatuan-persatuan penduduk serta badan-badab kebajikan dan sukarelawan masyarakat lainnya. Kemungkinan besar, ia boleh di hitung dengan jari anda! Kita belum cerita tentang memegang jawatan-jawatan utama dalam mewakili rakyat setempat di arena politik tanahair. Jika institusi kecil masyarakat pun dipandang sepi, apatah lagi tangungjawab dan kedudukan yang lebih tinggi untuk memacu pentadbiran dan pembangunan negara.

Apatah lagi tentang isu polotik, ada diantara mereka ini masih tidak mendaftar dengan Surunhanjaya Pilihan Raya (SPR)....Susah sangat ke nak daftar mengundi?????Cuma bagi Photostat IC pastu tahula mereka (SPR) nak buat kerja mereka.....Bila time pilihanraya tahu la pulak golongan belia nie nak komen itu dan ini tapi daftar pon x????Macam mane nak jadi pemimpin????Harap je suara lantang tapi tanggungjawab pada negara satu pon x de!!!!!!!Jangan tanya apa sumbangan negara pada kamu tapi tanya apa sumbangankamu pada negara.....Bak kata Nabil (Raja Lawak)...." Lu Pikirla Sendiri".....

Golongan Belia sepatutnya mempunyai jatidiri yang kuat dan semangat cintakan negara perlu ada.....Kerajaan telah menyediakan pelbagai program menjurus kepada itu seperti Biro Tata Negara.....
Saya mencadangkan kepada semua organisasi belia setiap kawasan supaya didedahkan dengan Biro Tatanegara. Ini dapat melahirkan golongan belia yang berwawasan dan mereka akan membuat anjakan paradigma baru supaya melapisi generasi akan datang....Sedarlah bahawa tanahair kita masa kini sedang menuju kehancuran jika kita masih bermimpi di atas pokok kelapa......anak bangsa kita sedang lupus di mamah kepersonaan duniawi......Adakah yang ini kita mahukan?????....apa kata nenek moyang kita????....Apa kata cucu cicit kita nanti....mereka ini akan persalahkan kita!!!!!Mereka ini akan caci kita!!!!....kerana apa???....Kerana kita alpa dan masih seperti dulu.....

Hayatilah lirik lagi ini dan tanya pada hati....

 Warisan
Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

No comments:

Post a Comment